PENJAGA gol berpengalaman terbaru yang menyertai ‘The Gunners’ dari Chelsea pada Jun lalu tampil berkongsi dengan peminat berkenaan nombor yang akan digunakannya musim depan.
Peter Cech mengumumkan bahawa beliau akan menyarung jersi bernombor 33 untuk Arsenal bagi musim 2015-16, lapor portal sukan Goal.com.
Keputusannya ini berdasarkan kepada umur dan bilangan penampilannya dalam Liga Perdana, katanya dalam laman sosial Twitter.
Pemain berusia 33 tahun itu yang memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge membuat pengumuman itu pada petang Sabtu.
Cech menjadi pemain Arsenal terkini memakai jersi bernombor 33 dalam era Liga Perdana Inggeris, dengan barisan lagenda yang memakai nombor yang sama sebelum ini seperti Gavin McGowan, Michael Black, Greg Lincoln, Tommy Black, Jermaine Brown, Alex Bailey, Graham Stack, Adam Birchall, Nicklas Bendtner dan Matthew Connolly.
Catatan untuk perkongsian dengan peminatnya itu di Twitter berbunyi, “Bermula lembaran baru di usia 33 tahun dengan 333 perlawanan dalam Liga Perdana… Itu pilihan yang mudah.“
Sementara itu, Arsenal turut telah mengesahkan nombor yang akan dipakai Cech melalui Twitter rasmi kelab. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Goal.com
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=hoiOh7UsCtQ