Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tajuddin Pengerusi Baharu Kelab...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik...

Sulaiman Dijangka Angkat Sumpah...

MELAKA - Teka-teki mengenai Ketua Menteri bakal berakhir petang ini apabila seorang daripada...

Agong, Permaisuri Berangkat Ke...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini,...

Tweet Kongsi Lubang Isteri...

STATUS laman mikro Twitter seorang wanita yang berbunyi, "Kalau wanita sanggup berkongsi batang...

PAC Bakal Soal Peguam Negara Berkaitan 1MDB

PETALING JAYA – Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menjangkakan tempoh dua hari untuk menyoal Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di atas penemuan awal berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Laporan audit sementara akan dibentangkan kepada PAC pada Khamis dan Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang berada di luar negara, dijangka tiba lewat Rabu malam bagi menghadiri mesyuarat itu.

Seorang pegawai PAC memberitahu, taklimat akan sampaikan semasa mesyuarat dan selepas itu ahli jawatankuasa diberi kebebasan untuk bertanyakan soalan.

Katanya, semua ahli jawatankuasa dijangka hadir.

“Sesi itu akan bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 4 petang.

“Jika masa tidak mencukupi untuk soalan, PAC akan menyambung mesyuarat pada hari Jumaat,” kata pegawai itu.


Khamis lepas, Nur Jazlan berkata jawatankuasa bipartisan juga akan meminta Peguam Negara berkaitan skop audit, sama ada ia terhad dan sama ada saksi telah memberi bekerjasama.

Semua maklumat yang diberikan oleh peguam negara akan digunakan apabila menyoal ketua eksekutif dan lembaga pengarah 1MDB awal bulan depan, katanya.

Nur Jazlan juga berkata terpulang kepada peguam negara sama ada hasil laporan sementara itu akan didedahkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan orang ramai.

Laporan lebih menyeluruh dijangka lewat tahun ini. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori