MASYARAKAT sememangnya sudah dibiasakan dengan tanggapan bahawa alien memiliki mata dan kepala yang besar serta berwarna hijau sama seperti di dalam filem sains-fiksyen yang ada.
Walaubagaimanapun, setelah bergelumang dengan imaginasi seperti itu berpuluh-puluh tahun, seorang pakar biologi terkemuka menepis perkara itu dan mendakwa sekiranya alien wujud, makhluk tersebut akan kelihatan sama seperti manusia biasa.
Dalam terbitan buku terbarunya, The Runes of Evolution, Profesor Simon Conway Morris mendakwa makhluk asing yang menyerupai manusia itu wujud di planet yang sama seperti bumi.
Jika teorinya benar, berkemungkinan terdapat planet sama seperti bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan serta haiwan.
Benar atau tidak teori itu semua bergantung pada individu itu sendiri untuk percaya dan sumber telah menjalankan kajian secara umum untuk melihat respon masyarakat terhadap makhluk asing ini dan majoriti tidak percaya bahawa alien keliahatan sama seperti manusia. – MYNEWSHUB.CC