Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pesakit Diabetes Perlu Selalu...

KUALA LUMPUR - Pesakit diabetes perlu selalu memeriksa kaki mereka bagi mengelak ia...

Video: Dindong Dantes Lamar...

PELAKON Filipina, Dindong Dantes membuat kemunculan mengejutkan dengan melamar kekasihnya, Marian Rivera menerusi...

Suami Isteri Maut, Janin...

PASIR MAS - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah...

Pakatan Baharu: DAP Tunjuk Taring!

KUALA LUMPUR – DAP awal-awal memberi peringatan kepada parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyertai gabungan baharu pembangkang supaya tidak mengamalkan prinsip yang bertentangan dengan parti itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, setiap parti dan NGO dalam gabungan baharu parti pembangkang untuk menggantikan pakatan rakyat yang berkubur pada bulan lalu perlu mempunyai prinsip dan objektif politik yang selari.

“Satu gabungan politik yang baru untuk menggantikan Pakatan Rakyat , sama ada yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0, Pakatan Rakyat Baru, Harapan Rakyat atau apa sahaja mesti gabungan politik berdasarkan prinsip-prinsip politik umum dan objektif.

“Bukan hanya oportunis yang bersama-sama untuk menawan Putrajaya,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Semalam, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah atas kesalahan liwat, mengumumkan bahawa satu kerjasama baharu akan dijalankan antara pembangkang termasuk bersama kumpulan progresif tidak lama lagi.

Menerusi peguamnya Anwar berkata, pihaknya kini sedang memperkukuhkan pakatan tersebut yang bakal disertai pemimpin PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pad 1 April 2008, hanya sempat bertahan kira-kira tujuh tahun apabila pertelingkahan antara PAS dan DAP akhirnya sampai ke kemuncak hingga menyebabkan gabungan itu berakhir. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori