KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga danmenitikberatkan aspek keselamatan elektrik ketika menyambut cuti Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin, beliau menyarankan pengguna agar tidak membebankan soket dengan penggunaan adapter elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan bebanan elektrik yang tinggi dan kemungkinan berlakunya gangguan bekalan elektrik.
“Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sepajang musim perayaan ini, para pengguna perlu berhati-hati ketika menggunakan perkakas elektrik.
“Elakkan membuat sambungan sendiri untuk pelbagai jenis peralatan elektrik. Sebaliknya dapatkan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk melakukan pendawaian tambahan di premis,” katanya dalam kenyataan di sini. – BERNAMA