SOSIALIT terkenal, Paris Hilton melalui detik paling menakutkan dalam hidupnya apabila dia ditipu bulat-bulat tentang hidup matinya ketika terlibat dalam sebuah program prank dari Mesir, baru-baru ini.
Sehubungan itu, figura berusia 34 tahun itu telah mengambil keputusan untuk menyaman produksi program terbabit.
Dalam video prank itu, juruterbang pesawat yang dinaiki Paris sengaja dipandu dalam keadaan seakan-akan hendak terhempas sehingga menyebabkan semua penumpang dalam keadaan panik dan huru-hara.
Video: Paris Hilton Diperdaya Pesawat Hampir Terhempas
Dalam ramai-ramai penumpang, hanya Paris sahaja yang tidak mengetahui mengenai perkara itu merupakan helah oleh produksi dari Mesir itu yang sengaja mahu mendajalkannya.
Biarpun hos program itu, Ramez Galal cuba menenangkan Paris dengan mengatakan semuanya selamat kerana ia hanya satu prank, Paris tetap tidak dapat menerimanya dengan berkata, “mati dalam pesawat merupakan perkara yang paling saya takuti sekali”.
Jadi, buat produksi rancangan terbabit, tanggunglah akibat daripada perbuatan anda sendiri! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR