Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Hudud: DAP Kedah...

ALOR SETAR - DAP Kedah yang dipengerusikan Tan Yen Chai menyifatkan keputusan Setiausaha...

Main Muzik Kenduri Kahwin...

BAYAR... Semua majlis keraian atau perkahwinan yang main alat muzik sama ada secara...

Kementerian Luar Jawab Tohmahan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengeluarkan satu kenyataan bagi menjawab kritikan Naib Presiden...

Mayat Mangsa Lemas Di...

KUANTAN - Mayat dua mangsa yang dikhuatiri lemas selepas mandi di kawasan perkelahan...

Parti Hari Jadi Ke-90 Tun M Memang Hebat Meriah

JANGAN salah faham, ini bukan karnival suka ria atau pesta berbaur maksiat, malah difahamkan sambutan majlis ulang tahun hari kelahiran ke-90 Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menjemput seorang ustaz bagi membaca doa.

Namun beberapa pengguna media sosial tempatan cuba mempertikaikan tindakan ustaz berkenaan yang sekadar membaca doa sebelum makan, walhal semua hadirin beragama Islam tentu tahu perkara asas itu sejak usia kecil.

Walau apa pun, majlis hari jadi bekas perdana menteri ini memang hebat dan meriah berlangsung di salah sebuah ballroom di kompleks Berjaya Times Square di Kuala Lumpur anjuran syarikat konglomerat Kumpulan Berjaya.

Sesuai dengan tema ‘A Night of Stars‘ sempena meraikan tarikh kelahiran negarawan pada 20 Julai lalu, parti besar-besaran itu dirasmikan oleh bilionaire yang juga Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan.

Pemilik kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City dan firma perjudian popular Sports Toto itu turut menyampaikan ucapan alu-aluan bagi menghargai serta mengenang jasa sumbangan selama 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.


Mantan ketua kerajaan itu segak bergaya dengan pakaian tuxedo suit ala watak hero siri filem perisikan British terkenal, James Bond; turut ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali anggun berbaju kurung Melayu.

Ramai netizen laman sosial sejak Jumaat mula berkongsi gambar-gambar kemeriahan sekitar parti hari jadi Dr. Mahathir sambil mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir ke-90 kepada diri beliau.

Secara kebetulan, sehari sebelum tarikh itu ialah hari kelahiran ke-62 tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disambut agak sederhana dengan hanya dua kek dihidangkan di pejabat beliau di Putrajaya.

Najib dilaporkan turut menganjurkan majlis tahlil, bacaan Yasin, dan doa selamat di kediamannya pada malam Jumaat penuh berkat itu yang dihadiri ramai pelajar tahfiz dari institusi berhampiran. – MYNEWSHUB.CC/HAA

Nota: Klip video Cerita Kebenaran terbitan Yayasan Mesra sempena Hari Lahir ke-62 Najib Tun Razak.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori