Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MH370: Lima Sekeluarga Failkan...

KUALA LUMPUR - Lima sekeluarga hari ini memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System...

BR1M 2018 Ansuran Pertama...

SYUKUR... Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula...

Varian Baharu COVID-19 Dengan...

JOHANNESBURG: Sekumpulan saintis di Afrika Selatan semalam mengesan varian baharu COVID-19 dengan bilangan...

Kakitangan Awam Dapat RM600,...

KUALA LUMPUR - Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan...

PAS Pasir Puteh Pantau GHB Supaya Tidak Pengaruhi Anggota Parti

PASIR PUTEH – PAS Pasir Puteh sedang memantau pergerakan kumpulan penaja Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya tidak mempengaruhi anggotanya daripada berpaling tadah dan menyertai kumpulan itu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata pihaknya kini turut memantau hala tuju dan corak kepimpinan GHB sama ada ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

“Sehingga ini perjuangan mereka masih kabur dan tidak menentu,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Kelubi di sini, hari ini.

Nik Mazian yang juga Anggota Parlimen Pasir Puteh mengulas kemelut dalaman PAS yang dikatakan semakin meruncing apabila beberapa bekas pemimpin parti itu yang tewas pada pemilihan jawatan parti pada awal bulan lepas bertindak melancarkan GHB.

Mereka bercadang untuk menubuhkan parti baharu bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang akan ditubuhkan pada September depan.


Nik Mazian berkata beliau dan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dalam Parlimen Pasir Puteh iaitu ADUN Gaal Tuan Mazlan Tuan Mat dan ADUN Limbongan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah tetap kekal berjuang bersama PAS.

“Malah kita berhasrat untuk menawan dua lagi kerusi DUN yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Semerak dan Selising pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Ditanya bai’ah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga sekiranya ADUN dan Anggota Parlimen PAS di negeri ini meninggalkan parti itu atau melompat ke parti lain, Nik Mazian berkata mereka berkenaan perlu merujuk terlebih dahulu dengan ulama yang muktabar (masyhur) untuk mendapatkan padangan.

“Saya bimbang jika mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya, secara automatik akan menggugurkan talak tiga ke atas isteri yang tersayang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori