Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FAM Sedia Timbang Cadangan...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mendengar cadangan pihak berkaitan...

Garisan Tebal Dalam Gambar...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) berkata garisan...

Siasatan Penganjur Maraton Di...

SHAH ALAM - Siasatan terhadap penganjur acara Maraton Antarabangsa Bandar Klang 2017, Disember...

Konsert Ekspresi Felda Meriah...

KIRA-KIRA 3,000 pengunjung memeriahkan Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang diadakan sempena sambutan...

PAS Seru Ahli Hati Hati Dengan Pelan `B’ Mat Sabu

KUALA LUMPUR – PAS memberi peringatan kepada ahlinya supaya tidak terperangkap dengan pelan ‘B’ bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub yang sedang mengusahakan kewujudan parti Islam baharu, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, bekas-bekas pemimpin PAS yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu (G18) menubuhkan parti baharu itu sebagai pelan ‘B’ selepas gagal menguasai PAS demi agenda dan kepentingan cita-cita politik masing-masing.

“Mereka tidak pernah rasa ralat dan bersalah jauh sekali terasa sayang kepada PAS kerana PAS hanyalah batu loncatan atau platform untuk capai cita-cita politik mereka.

“Mereka sebenarnya mempunyai jamaah lain yang diberikan wala atau kesetiaan. Mereka punya rumah kekal tempat mereka memusatkan segala strategi dan perencanaan. PAS adalah rumah tumpangan untuk mereka beraksi sebagai `front’ politik semata-mata, tidak lebih dari itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin dalam pada itu menyelar kumpulan G18 terbabit sebagai golongan yang sangat tidak bermaruah kerana masih berstatus ahli PAS untuk melakukan perkara yang merosakkan parti dari dalam.


Tegas beliau, golongan itu merupakan pengkhianat dan penjahat kepada jamaah Islam kerana masih kekal dalam PAS untuk menghasut ahli PAS menyertai parti mereka yang bakal ditubuh kelak.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin GHB hanya mampu menarik individu yang berkepentingan diri dan mempunyai agenda tertentu yang bertentangan dengan dasar parti keluar daripada PAS.

“Sementara mereka yang sememangnya mempunyai agenda tertentu yang bersalahan dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS akan pantas menjadikan situasi pasca Muktamar PAS Ke-61 sebagai `turning point’ untuk mereka meninggalkan PAS.

“Saya yakin golongan ini sebenarnya sejak hari pertama mereka menyertai PAS telah tersemat dalam diri mereka perancangan seperti ini. Ia adalah pelan ‘B’ mereka setelah gagal menguasai PAS dengan agenda mereka,” ujarnya. - MYNEWSHUB.CC

1 komen

  1. memang benar dan sangat cantik apa yg di katakan oleh ustaz..alahai ..alahai mt sabu..alahai khalid…sgt setuju apa yg ustaz ckp..mmg bole nmpk..nmpk sgt..depa ni bukan syg pas pun..

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori