Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bakal Lancar Single, Giliran...

BAGAIKAN sudah menjadi ā€˜trendā€™ sejak kebelakangan ini apabila ramai ahli perniagaan popular turut...

Wanita Mesir 500 Kilogram...

KAHERAH - Seorang wanita Mesir dipercayai mungkin wanita tergemuk di dunia yang masih...

Gerakan Hadapi PRU14 Dengan...

SANDAKAN - Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum...

Zainol Dari Dulu Tak...

ANTARA individu yang paling lega hubungan cinta dua selebriti, Zul Ariffin dan Zahirah...

Pasang Kamera Pada Badak Sumbu, Elak Pemburu Haram

STRATEGI mengesan serta menangkap pemburu yang menjalankan kegiatan haram dengan membunuh haiwan-haiwan terancam dan dilindungi seperti badak sumbu telah ditingkatkan.

Antaranya melalui satu projek khas pemasangan sebuah kamera yang dimasukkan terus ke dalam sumbu atau tanduk badak bagi melindungi haiwan itu daripada dibunuh secara haram.

Kamera tersebut telah direka cipta oleh seorang aktivis hidupan liar dari Britain yang membolehkan mereka menerima maklumat sepanjang masa melalui sistem yang dipanggil Protect Rapid.

Alat pemantaun tersebut juga dilengkapi dengan kadar degupan jantung serta pengesan lokasi secara masa sebenar menerusiƃā€šĆ‚Ā Global Positioning System (GPS).

“Penggera kecemasan akan berbunyi jika kadar degupan jantung haiwan ini meningkat untuk beri amaran kepada pusat pelindungan jika ada pemburuan,” kata Dr. Paul O’Donoghue, Ketua Penasihat Saintifik Protect Rapid.


1130

Sehingga kini, kegiatan pemburuan secara haram gagal dihalang sebelum ia berlaku, namun melalui kaedah ini pemburu akan ditangkap sebelum berjaya membunuh badak sumbu tersebut.

“Badak sumbu kini dibunuh setiap 6 jam di benua Afrika, jadi kita perlu hentikan kegiatan seperti ini dan ambil inisiatif sendiri untuk selamatkan haiwan terancam ini,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori