Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Harry, Meghan Pulangkan Ratusan...

PUTERA Harry dan isteri, Meghan Markle memulangkan kembali ratusan hadiah sempena perkahwinan mereka,...

Terus Melonjak, 19,819 Kes...

PUTRAJAYA - Malaysia sekali lagi mencatatkan kes harian tertinggi dengan 19,819 kes dilaporkan...

Mahkamah Ketepi Injunksi Halang...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah injunksi yang diperoleh oleh kerajaan...

Pusat Beli-Belah Yang ‘Ala-Ala’...

 Mengambil inspirasi kedai barangan berjenama terkemuka, seorang usahawan China telah membuka pusat beli...

Pasca Berkuburnya PR – Bila PAS Nak Putus Hubungan Dengan PKR?

KRONOLOGI kisah tragis tentang hubungan akrab antara ketiga-tiga parti pembangkang, PAS, DAP dn PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) yang sudah terlerai, sememangnya diketahui umum.

Saling tuduh-menuduh antara satu sama lain, PAS dan DAP acapkali menghiasi laporan dengan pelbagai cerita pergolakkan semenjak tahun lalu, dan kini masing-masing memilih haluan sendiri untuk survival dalam arena politik.

Bercerita tentang PAS, pihak DAP menuduh parti Islam itu menjadi punca berkuburnya PR yang dicipta tujuh tahun lalu setelah kedegilan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menurut kehendak gabungan tersebut yang menidakkan perlaksanaan hukuman Hudud di Kelantan.

dap_pas_600

Retak kian ketara setelah Abdul Hadi dilihat membuat protes apabila enggan turun bertemu pemimpin Pakatan lain dalam mesyuarat yang dijalankan dan menggunakan alasan kesihatannya menjadi punca tidak hadir.

Hadi Awang Gesa Lulus Usul Putus Hubungan Dengan DAP – Mahfuz

Namun, usul dalam Muktamar Tahunan PAS yang dijalankan pada Jun lalu untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa dibahaskan menjadi titik tolak kepada DAP untuk bertindak mengumumkan bahawa PR sudah terbubar secara automatik.

Itu cerita di sebelah DAP. Namun, di pihak PAS mereka mencanang kisah sebaliknya apabila menuduh DAP memulakan ‘proses penceraian’ tersebut.

Noktah! PKR, DAP Sabah Umum Putus Kerjasama Dengan PAS

Mana taknya, tindakan DAP yang mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi pada 24 Mac lalu membangkitkan gelombang amarah dalam pemimpin atasan sehingga ahli bawahan PAS.

Tak cukup dengan itu, beberapa hari kemudiannya, DAP Sarawak mengumumkan untuk angkat kaki dari Pakatan Rakyat Sarawak kerana menuduh PAS telah menyeleweng dari dasar gabungan yang dipersetujui mereka.

Walaupun demikian, baik PAS mahupun DAP, masing-masing dilihat masih berkeinginan untuk meneruskan kerjasama dengan PKR. Secara tak langsung, parti tersebut harus memilih salah satunya sahaja.


guan-eng-anwar-and-hadi_0

Siapa yang menjadi PKR untuk terus bersekutu? Nampaknya, keputusan menyebelahi DAP apabila bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 22 Julai lalu mengumumkan bahawa satu gabungan baru akan diwujudkan antara kedua-dua parti tersebut bersama beberapa NGO lain.

Lebih mengecewakan PAS, serpihan pemimpin dalam partinya sendiri ‘tikam belakang’ apabila mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti baru diberi nama Gerakan Harapan Baru (GHB) yang turut bakal menyertai Pakatan 2.0.

PAS Sudah Tidak Relevan Lagi – Mat Sabu

Dilayan seperti hampas yang tidak punya apa-apa, ramai tertanya-tanya bilakah PAS akan bertindak mengutip balik maruahnya dengan mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan PKR? Apa lagi yang diharapkan PAS apabila masa depannya untuk menjalinkan kerjasama dengan PKR hanya tinggal mimpi.

Tapi bila difikirkan balik, PAS sebenarnya tak perlu gundah dengan tindakan PKR kerana jelasnya, PAS lebih memiliki pengaruh daripada parti tersebut. Lihat sahaja penguasaan PAS di Kelantan yang memonopoli 32 kerusi DUN, manakala PKR hanya satu. Begitu juga di Terengganu, walaupun diperintah BN, namun PAS memberi saingan sengit apabila menguasai 14 kerusi dan sekali lagi, PKR hanya satu sahaja.

Di Selangor pula, walaupun PKR memerintah namun jumlah kerusi yang dimiliki parti itu lebih rendah iaitu 13 berbanding PAS, 15 kerusi.

Rasanya, seru sudah tiba untuk PAS bertindak lebih berani dengan mengumumkan untuk menghentikan jalinan kerjasama dengan PKR seperti mana yang dibuat terhadap DAP. Cukup-cukuplah parti itu dijadikan alat buat PAS dan DAP untuk menarik undi dari masyarakat Islam! – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PAS Reda Walau Tanpa PKR, DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori