Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Haji: Jemaah Diminta Utama...

KUALA LUMPUR - Jemaah-jemaah haji Malaysia dinasihati membuat persiapan rapi serta mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan diri mereka sepanjang berada...

Melaka Kaji Guna Insinerator...

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji jenis insinerator yang sesuai digunakan bagi...

Amalan Tauhid Perlu Jadi...

BAGAN SERAI - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah amalan tauhid...

Najib Kecewa Dengan Senior...

PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan tindakan beberapa anggota senior...

Pegawai JPJ Terima Ugutan Bunuh Menerusi WhatsApp

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima ugutan bunuh menerusi aplikasi WhatsApp sebelum bertugas dalam Ops Bersepadu JPJ di Jalan Genting Kelang di sini, Jumaat malam.

Sumber dalaman JPJ memberitahu Bernama, ugutan bunuh itu diterima pada kira-kira 5 petang daripada individu tidak dikenali ketika pegawai itu sedang sibuk membuat persiapan bersama-sama anggota lain di lokasi operasi.

“Individu terbabit membuat ugutan akan membunuh pegawai berkenaan sekiranya tidak membatalkan operasi malam ini,” katanya kepada Bernama.

Pegawai atasan JPJ itu berkata pihaknya beberapa kali cuba menghubungi individu berkenaan namun usaha tersebut gagal.

Beliau berkata JPJ percaya kemungkinan besar individu berkenaan memperoleh nombor telefon bimbit pegawai JPJ itu menerusi surat jemputan yang dihantar menerusi WhatsApp dan e-mel kepada media yang kemudian dikongsi dalam kumpulan.

“Orang awam tidak mungkin dapat memperoleh dengan mudah nombor telefon pegawai JPJ melainkan ada individu tertentu yang menyebarkan surat jemputan itu kepada orang ramai,” katanya.


Katanya pihak JPJ akan melakukan siasatan dalaman dan akan membuat perbincangan dengan penasihat undang-undang JPJ sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Kita perlu buat siasatan punca kebocoran maklumat terlebih dahulu dan memandang serius perkara ini,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=VAmGwTkhyfY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori