Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerenah Pertaruh Nyawa Di...

KUALA LUMPUR - Kita tahu ramai pemandu kenderaan menggunakan kad Touch 'n Go,...

Kegagalan 1Azam, PAC Panggil...

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua individu dalam masa...

Muslim Enggan Benar Benteng...

KUANTAN - Pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad mahu memastikan benteng terakhir pasukannya kekal...

Lee Chong Wei Tidak...

GOLD COAST - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewakan...

Peguam Didakwa Pecah Amanah Babitkan RM73,450

IPOH – Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Khamis atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang tunai bernilai RM73,450 bagi kegunaan sendiri.

W.B John Willibrod Concisom, 49, dari Ipoh Garden South, di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Tertuduh yang memakai baju penjara hijau didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu beliau sebagai peguam menyalahgunakan wang tunai bernilai RM59,800 bagi kegunaan sendiri di pejabat guaman tetuan Concisom & Co, No. 2, Jalan Seenivasagam, di sini, antara 1 Ogos 2010 hingga 31 Dis 2010.

Tertuduh juga didakwa atas alasan sama membabitkan wang tunai bernilai RM13,650 di pejabat guaman berkenaan, antara 1 Januari 2011 hingga 31 Jan 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof berkata pertuduhan tersebut adalah kesalahan tak boleh jamin kerana membabitkan jumlah sangat besar.

Peguam Sukdev Singh, yang mewakili tertuduh, bagaimanapun tidak memohon jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara di atas kesalahan lain.

Rushan Lutfi menetapkan 1 Sept ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori