PUTRAJAYA – Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara akan ditutup beberapa hari sempena Hari Raya Aidilfitri.
Kenyataan LHDN menyebut ibu pejabat lembaga itu, cawangan di semua negeri serta pejabat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kedah dan Johor ditutup selama empat hari mulai 16 hingga 19 Julai.
Sementara itu, pejabat LHDN di UTC Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Pahang dan Sabah akan ditutup selama tiga hari iaitu dari 16 hingga 18 Julai.
“Penutupan operasi sempena Aidilfitri meliputi semua kaunter perkhidmatan nasihat percukaian, pusat bayaran, pejabat setem cawangan, pusat panggilan dan pusat khidmat hasil,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Bagaimanapun, pelanggan masih boleh meneruskan urusan percukaian melalui kemudahan ezHASiL iaitu rangkaian perkhidmatan elektronik yang boleh diakses menerusi www.hasil.gov.my. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=Ras6DJHIcEk