Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Belanda Latih Burung...

POLIS di Belanda kini sedang giat melatih burung helang bagi menghalang penggunaan dron/alat...

Nurul Izzah Minta Maaf,...

Nurul Izzah Anwar yang baru diumum mengekalkan jawatan Naib Presiden PKR hari ini...

5 Terbunuh Serangan Kelab...

BAMAKO - Lima termasuk dua warga Eropah dan seorang anggota polis Mali terbunuh...

Kedah Mahu Ambil Semula...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah bukan sahaja tidak bersetuju dengan cadangan hendak menjadikan...

Pejuang ISIS Mati Akibat Makan Makanan Beracun Ketika Buka Puasa

Iraq – Seramai 45 anggota kumpulan militan negara Islam (ISIS) meninggal dunia bukan disebabkan mereka keluar berjuang sebaliknya mereka terbunuh selepas makan makanan mengandungi racun ketika berbuka puasa.

Dalam kejadian itu, hanya 100 orang yang terselamat selepas berbuka puasa dengan makanan yang banyak di Mosul.

Namun tidak dapat disahkan sama ada mereka diracun atau terkena keracunan makanan.

Laporan oleh laman web Haaretz ini menyatakan ia bukan kali pertama militan ISIS itu menjadi sasaran melalui makanan yang diracun.

Sebaliknya berpuluh-puluh anggota ISIS meninggal dunia dalam keadaan sama pada bulan November tahun lepas selepas Puak Pemberontak Tentera Pembebasan Syria menyelinap masuk ke dalam kem mereka dan menyamar sebagai tukang masak.


Mereka kemudiannya meletakkan racun di kem yang sepatutnya menempatkan 1,200 orang.

Ketika anggota ISIS itu menikmati makanan yang mewah tersebut, beratus-ratus kanak-kanak dan wanita terpaksa beratur bagi mendapatkan makanan dan minuman dalam keadaan cuaca yang panas di bandar Raqqa.

Makanan yang mereka nantikan itu belum tentu akan diperolehi. Ia merupakan satu keadaan yang menyedihkan.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori