Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

MH370: Lagi Serpihan Ditemui,...

OBJEK dipercayai bahagian daripada tingkap pesawat ditemui lagi di Pulau Reunion, lapor sumber berita Sky.Walaupun...

Pesawat Terpaksa Mendarat Gara-Gara...

SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Rusia selepas lima penumpang mengadu lemas...

Banjir Kilat Landa Beberapa...

PENAMPANG: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini sejak beberapa jam...

ATM Akan Segera Naik...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menyegerakan proses penambahbaikan dan naik...

Pejuang Palestin Baling Batu Boleh Dipenjara 20 Tahun

BAGI yang tidak tahu erti bersyukur hidup di bumi Malaysia, berita dari Israel ini yang tidak disiarkan mana-mana media tempatan waima portal propembangkang tentu menjadi pengajaran betapa bertuahnya rakyat Malaysia.

Parlimen Israel pada 20 Julai lalu meluluskan undang-undang bagi mengenakan hukuman penalti lebih keras sehingga penjara 20 tahun terhadap orang Palestin yang didapati membaling batu ke arah kenderaan Israel.

Langkah drastik itu, menurut pihak berkuasa Palestin, nyata bersifat perkauman dan berlebihan untuk membalas dendam ke atas lebih 1,000 kes warga Palestin yang membaling batu ke arah kereta perisai tentera rejim Israel.

Ahli Parlimen Israel mengundi 69 sokong berbanding 17 menolak untuk meluluskan undang-undang yang dicadangkan selepas berlaku siri bantahan keras oleh rakyat Palestin pada tahun lepas di Baitulmaqdis Timur.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

“Toleransi terhadap pengganas berakhir hari ini. Seorang pembaling batu ialah pengganas dan hanya hukuman yang sesuai boleh berfungsi sebagai pencegah,” Menteri Keadilan Israel, Ayelet Shaked dalam satu kenyataan.

Konfrontasi antara belia Palestin dan tentera Zionis secara rutin sering bertukar menjadi pertempuran ganas dan baling batu menjadi simbol penentangan Palestin sejak Intifada yang pertama terhadap Israel pada akhir 1980-an.

Pihak berkuasa Yahudi memberi alasan, sejak 2011, tiga rakyat Israel, termasuk seorang bayi dan seorang kanak-kanak perempuan terbunuh di Tebing Barat selepas batu-batu dilemparkan ke arah kenderaan yang mereka naiki.

Namun kumpulan hak asasi manusia mengkritik Israel kerana menggunakan kekerasan yang berlebihan termasuk peluru hidup dalam menghalang bantahan Palestin, menyebabkan puluhan kematian dan ratusan kecederaan.

Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Undang-undang baharu itu membenarkan hukuman sehingga penjara 20 tahun kerana membaling batu ke arah kenderaan, dengan niat menyebabkan kecederaan pada tubuh, dan penjara 10 tahun jika niat tidak dibuktikan.


Pendakwa raya dalam kes-kes seperti itu biasanya hanya mengenakan hukuman tidak lebih daripada penjara tiga bulan apabila kesalahan tersebut tidak menyebabkan kecederaan serius kepada individu di dalam kenderaan.

Qadura Fares, ketua Kelab Banduan Palestin, sebuah pertubuhan yang menyokong kebajikan bagi ribuan tahanan Palestin di penjara-penjara Israel berkata undang-undang baharu itu amat ‘bersifat perkauman’.

“Undang-undang rejim Zionis itu bakal mengundang kebencian dan bercanggah dengan peraturan paling asas bahawa hukuman mesti sesuai dengan kesalahan,” jelasnya.

Baca: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Undang-undang itu akan meliputi semua wilayah Palestin termasuk Baitulmaqdis Timur, tetapi tidak termasuk Tebing Barat, yang sebahagian besarnya masih lagi di bawah bidang kuasa keselamatan pihak tentera Israel.

Rejim Yahudi itu lazimnya mengeluarkan kira-kira 1,000 dakwaan setiap tahun untuk kes warga Palestin yang berjaya ditahan kerana disabitkan membaling batu, menurut Knesset atau Parlimen Israel di Tel Aviv.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semakin menghadapi gesaan untuk mengambil tindakan selepas bantahan Palestin pada 2014 terhadap perang Gaza dan pembakaran hidup-hidup seorang remaja Palestin.

Ia susulan serangan balas dendam yang disyaki ekoran pembunuhan tiga remaja Israel yang diculik oleh militan Palestin dan ketika siri bantahan ganas tersebut, batu kerap dilempar ke arah kereta milik Israel di bandar itu.

Palestin mahu sebuah negara sendiri di Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Rundingan damai yang diusahakan Amerika Syarikat, antara Israel dan Palestin gagal sejak 2014. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori