Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penyanyi Ditahan Kerana Dituduh...

PENYANYI, Natalia Dzenkiv tidak menyangka rupanya yang kelihatan awet muda itu telah memberikan...

KDN Cadang Usul Subseksyen...

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa...

Perang Poster Pilihan Raya...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi perang poster pada pilihan raya akan datang kerana...

Anwar Ambil Keputusan Berasas...

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil keputusan berasas dengan...

Pekerja MAS Maut Kereta Bertembung Lori

BINTANGOR – Seorang pekerja MAS maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori kargo di kilometer 23 Jalan Bintangor-Sibu awal hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Mahfudli Mohmad berusia 27 tahun sedang memandu seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari Bintangor ke tempat kerja di Lapangan Terbang Sibu apabila kejadian itu berlaku 5.45 pagi.

Mangsa dipercayai telah masuk ke lorong kanan iaitu arah bertentangan kerana cuba mengelak sebatang pokok yang tumbang di atas jalan raya.

Lori kargo terbabit yang datang dari arah bandar Sibu ke Bintangor tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta yang dipandu mangsa.

Akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Pemandu lori berusia 29 tahun dan kelindannya tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Bintangor DSP Mohd Hafifi Mohd Salim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori