Menggunakan Facebook profile Saya Tyra, gadis ini wajar dijadikan contoh tauladan kita semua. Walaupun gadis ini memilih kerjaya sebagai seorang Welder (kerjaya outdoor yang jarang dipilih oleh wanita Malaysia!) di salah sebuah syarikat Oil & Gas terkemuka di Malaysia namun ianya bukan alasan untuk tidak menutup aurat. Lebih manis lagi beliau nampak selesa berpurdah.
Namun ada juga yang mempertikaikan mengapa gadis berpurdah ini suka sangat berselfie, ini jawapan beliau:
“Kadang saya post gambar. Ada yang tanya kenapa saya berpurdah tapi selfie. Jawapannya. Bergambar itu harus. Dan tidak ada pun haramnya. Dan suka hati saya lah. Sebok je”
Kami doakan semoga adik Saya Tyra akan terus maju jaya dalam kerjaya yang diceburi!
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=JRJiHf1l1ns