KECOH jadinya di laman Twitter baru-baru ini apabila di satu page yang mewakili pelajar Universiti Malaya (UM) di media sosial, admin yang menggunakan twithandle @budakUM dianggap telah memperlekeh tahap akademik pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Status itu berbunyi, “Berani mak cik aku tanya result dapat berapa.. helo I student UM hokey.. bukan UniMAP.. kalau tak dapat dekan tu perkara biasa.. *jeling”.
Kenyataan angkuh dan sombong dengan memetik nama UniMAP itu sekali gus mengundang kemarahan seluruh pelajar dan alumni universiti tempatan tersebut.
Apa tidaknya, status tersebut jelas ingin menggambarkan percapaian akademik UM tidak sama taraf dan jauh lebih baik daripada UniMAP.
Tambah panas dan sensasi, seorang pelajar UM tiba-tiba muncul bagaikan mencurah minyak ke api apabila mula mempersoalkan tentang kewujudan universiti tempatan tersebut.
Entah bagaimana, isu ini turut menangkap ke telinga Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin yang tampil bersuara menzahirkan kekecewaan berkenaan isu tersebut.
Jelasnya, pelajar UniMAP telah diajar untuk menghormati satu sama lain dan bukan bertindak memperlekehkan pelajar universiti lain.
“Terima kasih kepada alumni dan pelajar-pelajar UniMap. Saya cukup berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh anda semua dalam menjawab tohmahan beberapa belajar UM kepada pelajar UniMAP.
“Ini melambangkan mereka mengikuti perkembangan UniMap walaupun kita baru berumur 13 tahun dibandingkan dengan UM 100 tahun.
“Ini menunjukkan kematangan kemahiran berfikir. Kita di UniMap di ajar respect dan tidak pernah memperlekeh pelajar Universiti lain dalam semua bidang sama ada akademi, penyelidikan, kebudayaan, sukan dan lain-lain.
“Stakeholder yang akan menentukan dan bukan kita yang angkat bakul.
“Kita doakan beliau supaya Allah membuka minda dan hati supaya bercakap berlandaskan facts dan figures. Tahniah,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, difahamkan akaun @budakUM ditutup dipercayai susulan makian dan cacian orang ramai. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=aw_INmA0s2g
Ini hanya sekadar salah faham. Pelajar UM yang bertanyakan berkenaan kewujudan UniMAP itu adalah kerana dia sejujurnya tidak mengetahui kewujudan universiti tersebut. Dia juga telah memohon maaf secara terbuka diatas ‘tweet’ dia tersebut. Jadi saya rasa isu ini tidak sepatutnya dipanjangkan dan saya mohon penulis artikel ini untuk membetulkan kenyataan anda. Minta jangan terus sebarkan kenyataan yang berat sebelah. Sekian.