Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MPAG Tolak Sampul Raya...

KUALA LUMPUR - Sampul duit hari raya Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang...

Bomba Selamatkan Anggota Polis...

SIK: Seorang anggota polis nyaris maut selepas dipatuk ular kapak di Hutan Simpan...

Pemimpin PKR Kecewa Kenyataan...

PETALING JAYA - Seorang lagi pemimpin PKR kecewa dengan Ketua Polis Negara, Abdul...

Keputusan Mansuh UPSR Dimuktamad...

KUALA LUMPUR - Keputusan cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka...

Pelakon Johan Asari Ceriakan Sambutan Raya Di New Delhi

NEW DELHI – Pelakon Johan Asari atau lebih dikenali sebagai ‘Botak’ kerana wataknya dalam filem Melayu Juvana, merupakan antara kira-kira 50 rakyat Malaysia yang bersolat Aidilfitri di kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini semalam.

Dengan kebanyakan muslim rakyat Malaysia pulang ke tanah air, majlis disertai petugas Suruhanjaya Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid serta rakyat Malaysia di Delhi yang berkumpul seawal 8.30 pagi.

Johan yang berada sebulan di India dan Bangladesh untuk mendalami ilmu al-Quran dan hadis telah menceriakan suasana sambutan hari raya masyarakat perantau di Suruhanjaya itu.

Ketika ditemui selepas solat Aidilfitri Johan berkata beliau tiba di India pada 17 Jun lepas dan merancang untuk ke Dhaka pada Isnin.

“Saya amat berbesar hati dapat menunaikan solat bersama-sama Muslim rakyat Malaysia dan menikmati juadah yang disediakan petugas Suruhanjaya Tinggi kita di sini,” katanya yang mengenakan jubah hitam dan berserban.


Johan berkata beliau tidak sabar untuk menyaksikan filem beliau Juvana 2 yang akan ditayangkan pada Oktober.

Tambahnya, filem sejarah Kanang anak Langkau lakonannya bersama pelakon popular Ady Putra dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori