Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pindaan Akta Hasutan Cipta...

KUALA LUMPUR - Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948, mencipta rekod apabila diluluskan...

Ibu Ajar Buat Syabu...

Ampang - “Saya belajar masak syabu dari emak. Selalu tengok dia hisap (menagih...

Anak Hilang Selepas Hubungan...

ALOR SETAR - Sepasang suami isteri dicari susulan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia...

Air Pasang Besar: Politeknik...

SHAH ALAM - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Sabak Bernam membenarkan 4,600...

Pelari Cacat Ditawar RM227K Jadi Model Bogel

SINGAPURA – Selang empat hari menyambut Syawal, pelari berkaki prostetik atau Blade Runner Singapura, Mohd. Shariff Abdullah ditawarkan ‘duit raya’ yang sangat lumayan, iaitu sebanyak AS$60,000 (RM227,334).

Jumlah itu merupakan paling besar pernah ditawarkan kepada beliau namun dia menolak lamaran pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu untuk menjadi Duta Blade Runner yang pertama di benua Asia.

Asalnaya pakej tawaran itu termasuk sesi bergambar, video dan liputan majalah di AS yang sebenarnnya bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada kelompok para pelari istimewa lain di seluruh dunia untuk lebih berjaya.

Malah jika tawaran tersebut diterima, pertubuhan tersebut sanggup membayar tiket penerbangan serta kos penginapan Mohd. Shariff di AS tetapi kenapa dia tergamak pula menolak pakej mewah lengkap berkenaan?

Mohd. Shariff di Maraton Standard Chartered Singapura 2014. (Gambar: Facebook/MD Shariff Abdullah)

Rupa-rupanya syarat tawaran menarik itu memerlukan Mohd. Shariff untuk menjadi model yang sedia sukarela menanggalkan semua pakaiannya, kecuali hanya kaki palsu; atau cakap mudah – wajib bertelanjang bulat!

Mohd. Shariff memberitahu stesen penyiaran Singapura, dia tegas menolak tawaran ‘amat hebat’ itu, tanpa perlu berfikir panjang mengambil kira dirinya istiqamah memelihara kesucian agama Islam yang dianutinya selama ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya harus menjaga nama, bangsa, agama dan negara. Saya mencari rezeki yang halal, bukan dengan cara seperti ini. Jika saya terima, ini sudah tentu menjatuhkan maruah saya,” jelas Mohd. Shariff.

Menurutnya, dia mula jumpa dan berkenalan dengan wakil pertubuhan itu ketika menyertai Maraton Boston di AS pada 2012. Sejak itu, mereka sering menjemput Mohd. Shariff untuk menyertai acara-acara larian antarabangsa.

Mohd. Shariff di Maraton Boston 2015. (Gambar: Facebook/Bradley Rhoton)

Bagaimanapun pakej sensasi ekskusif tersebut, yang ditawarkan terus kepada Mohd. Shariff melalui emel dan panggilan telefon pada 20 Julai lalu, adalah yang pertama seumpamanya daripada pertubuhan tersebut.

“Mereka memang orang baik, niat baik, hanya cara berlainan. Mungkin di negara mereka, ia biasa,” kata Mohd. Shariff, yang juga dapat tawaran pelbagai syarikat tempatan termasuk sebagai duta jenama kelengkapan sukan.


“Saya sudah bertanya, kenapa tidak dengan cara lain seperti ambil gambar saya berlari, tapi mereka kata: Tidak,” tambah Mohd. Shariff yang kini berusia 46 tahun dan sudah memakai kaki prostetik sejak berusia lima tahun.

Mohd. Shariff beraksi dalam Larian Hasuu Tasu 2014 di Sabah. (Gambar: Facebook/MD Shariff Abdullah)

Dia selama ini giat menyertai banyak acara larian, sebahagiannya untuk tujuan amal. Pada 29 Ogos ini, Mohd. Shariff menyertai larian 12 kilometer dalam acara ultra maraton The Most Beautiful Thing di Gunung Kinabalu.

“Lebih 1,000 peserta termasuk Singapura, Brunei dan Thailand akan berlari antara 12 hingga 100 kilometer. Kami mengutip dana untuk penduduk tempatan yang terjejas oleh bencana gempa bumi baru-baru ini,” ujarnya.

Pada hujung tahun pula, dia akan berlari 28 kilometer di kawasan sama dalam acara larian Hasuu Tasuu. Dua acara itu untuk mempersiapkan Mohd. Shariff bagi Marathon Tenzing Hillary Everest pada 29 Mei tahun depan.

Aksi Mohd. Shariff menjalani latihan. (Gambar: Facebook/MD Shariff Abdullah)

Dia asalnya merancang untuk menyertai maraton tersebut pada Mei lalu bagi meraikan Jubli Emas Singapura merdeka tetapi acara itu terpaksa ditangguhkan susulan gempa bumi terkuat yang melanda Nepal pada bulan itu.

Marathon Tenzing Hillary Everest pada tahun ini akan berlangsung 5 Oktober nanti. Namun, Mohd. Shariff tidak akan menyertai acara maraton antarabangsa di Nepal itu kerana faktor kesuntukan masa.

“Lagipun saya ada acara sukan besar yang akan berlangsung pada bulan Disember di Singapura. Saya tidak boleh umumkan butirannya buat masa ini,” ujar Blade Runner Singapura yang pertama itu.  – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori