Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PM Bermesyuarat Dengan Google...

PUTRAJAYA : Selepas berjaya menarik minat gergasi teknologi, Microsoft melabur AS$2.2 bilion (RM10.5)...

Program Tafsir Al-Quran Jadi...

KUALA LUMPUR - Program terjemahan dan tafsir al-Quran akan menjadi program teras yang...

2 Maut Kemalangan Di...

KEMAMAN – Dua beranak maut dalam satu kemalangan di kilometer 122, Jalan Jerangau-Jabor,...

Ahli Parlimen Sri Lanka...

COLOMBO – Parlimen Sri Lanka bertukar menjadi huru-hara semalam apabila sebilangan wakil rakyat...

Pemandu Cedera Lori Terhumban 6 Meter

IPOH – Pemandu lori membawa muatan minuman nyaris maut apabila kenderaan yang dipandu terhumban dan terbalik di tepi jalan pada ketinggian hampir enam meter di Kilometer 266.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran persimpangan lampu isyarat Tol Jelapang di sini, pagi tadi.

Kejadian pada 3.50 pagi itu menyebabkan mangsa, lelaki berusia 35 tahun berasal dari Melaka mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, anggota bertugas di Balai Ipoh menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum beberapa anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa terbabas sendiri ke tepi kiri jalan lalu bergolek dan terjatuh dari tebing jalan.


“Difahamkan mangsa dari Port Klang menghala ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan apabila tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai mengantuk menyebabkan lori dipandunya terbabas melanggar pembahagi jalan tepi kiri lalu terjatuh melalui tebing jalan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=Y4NqI-P9PdU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori