Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Difitnah Sengaja ‘Abaikan’ Lara,...

KELUARGA bahagia pasangan selebriti ini sering mendapat perhatian. Tambahan pula, puteri cilik hasil...

Teks Perjanjian TPPA Pelihara...

KUALA LUMPUR - Teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh kerajaan Malaysia memelihara...

‘Jiwa Kacau’ Di Media...

KUALA LUMPUR - Jika diamati komen warganet berhubung tulisan atau gambar yang dipaparkan...

Tun Mahathir Didakwa Rasuah...

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Pembunuh Anak Akhirnya Mati Dalam Penjara

London – Seorang wanita berhati kejam, yang menyiksa anaknya yang berusia empat tahun hingga meninggal dunia, ditemui mati dalam penjara wanita di HMP Foston Hall, dipercayai akibat bunuh diri.

Magdelena Luczak, 29, dihukum penjara maksimum 30 tahun pada 2013 bersama suaminya selepas didapati bersalah membunuh Daniel Pelka pada Mac 2012.

Kematian Luczak telah disahkan oleh Kementerian Keadilan yang tidak menemui sebarang unsur mencurigakan.

Daniel meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas dibiarkan kebuluran hinggakan budak itu terpaksa menggeledah tong sampah untuk mencari makanan dan turut mencuri makanan pelajar lain akibat kelaparan.

Beratnya hanya 10kg selepas enam bulan didera dan tidak dipedulikan oleh agensi kebajikan.

Krezolek yang juga bapa tiri Daniel dan Luczak turut memaksa Daniel makan garam selain mengurungnya dalam kotak dan membiarkannya tidur di atas tilam yang dipenuhi dengan air kencing.


Kanak-kanak malang itu turut direndam dalam air sejuk hingga pengsan, iaitu hukuman kerana meminta makanan.

Ketika perbicaraan, mahkamah dimaklumkan Daniel dibiarkan mati selepas 33 jam kerana pasangan itu cuba menutup perbuatan mereka kerana memukul budak itu di kepala.

Pasangan itu yang berasal dari Poland kemudiannya menyalahkan satu sama lain kerana menyebabkan kematian Daniel.  – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=oMHReS8uGYg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori