HEBAH diperkatakan di media sosial kini tentang isu berkaitan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO Pusat yang rapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sedang membuat satu perancangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tampil dengan bukti dari perbualan menerusi aplikasi Whatsapp, ‘printscreen’ tersebut kini tersebar meluas di ruang Facebook dan Twitter.
Menerusi perancangan tersebut, individu-individu berkenaan dikatakan sedang menyusun strategi mempengaruhi Pemuda untuk sama-sama memberi tekanan kepada Najib agar meletakkan jawatan.
Selain itu, mereka juga dilihat seperti merancang untuk ‘bermuka-muka’ dengan cara menunjukkan sokongan palsu kepada pemimpin nombor satu negara itu. Alahai, pemimpin jenis apa ni?
Melalui laporan portal mykmu.net, mereka menamakan beberapa individu yang dikatakan terlibat dalam kontroversi perbualan tersebut, antaranya Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun (Wan Bro), Pengerusi Media Sosial Pemuda UMNO (EXCO) Abdillah Ishak, EXCO Pemuda UMNO (Pengkaderan Politik) Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz, EXCO Pemuda UMNO (Profesional Muda) Shahril Hamdan dan Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda Dax Muhammad.
Wajah 5 Sekawan Pemuda UMNO Didakwa Mahu Jatuhkan Najib
Seandainya dakwaan tersebut benar tentang wujudnya pakatan jahat untuk menjatuhkan PM, maka ini sekaligus membenarkan dakwaan sebelum ini ketika PRK Rompin dahulu.
Waktu itu, timbul isu serupa apabila sekumpulan lima individu dari pimpinan Pemuda UMNO dikatakan bercita-cita tinggi nak menggulingkan Najib namun tentunya pelan mereka dihidu segelintir pihak lantas ia menjadi isu besar.
Tapi ketua mereka, Khairy kemudiannya menafikan gosip tersebut dan turut disokong oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tak payah cakap banyak, lepas keluar bukti printscreen ini, kita tunggu apa kenyataan yang bakal terbit dari KJ sendiri! – MYNEWSHUB.CC
Pemuda UMNO Nyatakan Sokongan Padu Terhadap Najib