Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

M40 Nikmati Penjimatan Cukai...

CYBERJAYA - Sebilangan besar pembayar cukai termasuk mereka yang berada dalam kelompok M40...

Sarawak Ambil Tindakan Sekiranya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Sarawak akan menyerahkan kepada undang-undang sekiranya Petronas masih tidak...

Polis Itali Berjaya Tangkap...

POLIS Itali telah menahan seorang lelaki yang didakwa ketua baharu Mafia Sicily, bersama...

SPRM Guna Akta Percukaian...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi...

Penangguhan Perintah: Mahkamah Tolak Permohonan Palanivel

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain bagi penangguhan pelaksanaan perintah yang mengekalkan arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi MIC mengadakan pemilihan semula.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu media bahawa hakim berkenaan mengarahkan bekas presiden MIC itu, Datuk S. Sothinathan, Datuk S. Balakrishnan dan bekas Setiausaha Agung parti A. Prakash Rao membayar RM5,000 untuk kos.

Mereka memfailkan permohonan penangguhan pada 19 Jun, tiga hari selepas memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu.

Pada 15 Jun, Asmabi menolak permohonan semakan penghakiman yag menegaskan bahawa RoS hanya memberikan pendapatnya bahawa parti itu perlu menyelesaikan pertikaiannya tetapi cadangan untuk mengadakan pemilihan semula datang daripada Palanivel.


Asmabi berkata Palanivel yang menegaskan beliau masih presiden MIC, dalam satu surat bertarikh 5 Feb 2015, bersetuju untuk menyelesaikan masalah parti itu dengan mengadakan pemilihan semula cawangan dan bahagian termasuk jawatan presiden.

Keempat-empat mereka memfailkan permohonan itu pada 24 Feb bagi semakan penghakiman untuk mencabar arahan RoS. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori