Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PU Sendayan Bawa Transformasi...

SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pangkalan Udara (PU)...

Belasah Anjing: Ahli Perniagaan...

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan warga Singapura yang videonya memukul seekor anjing...

Mayat Reput Dalam Kereta...

KAJANG - Misteri menyelubungi kes kematian seorang lelaki apabila mayatnya yang mula reput...

Baru 6 Bulan Bersalin,...

BULAN Ramadhan yang barakah ini nyata memberi berita gembira buat pelakon muslimah kelahiran...

Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah

KEMAMAN – Seorang pengarah syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 17 pertuduhan pecah amanah tidak meremit Potongan Cukai Berjadual (PCB) pekerja syarikat berjumlah lebih RM3.6 juta sejak Januari 2013.

Pheng Yin Huah, 67, yang tidak hadir dan diwakili penasihat undang-undang syarikat tersebut, Victor Teoh dituduh melakukan kesalahan itu membabitkan hampir 300 pekerjanya antara Januari 2013 dan Mei tahun lepas.

Ketika prosiding di hadapan Majistret Rofiah Mohamad, Teoh turut meminta penyelesaian dilakukan di luar mahkamah.

Pheng didakwa melakukan pecah amanah PCB hasil daripada lawatan audit yang dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Terengganu pada 25 Jun tahun lalu.

Sebagai majikan syarikat perusahaan besi keluli yang beralamat di tingkat 31, Maju Tower, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu, Pheng dipertanggungjawabkan mengikut Seksyen 75 Akta Cukai Pendapatan 1967 subkaedah 10 (1) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 untuk membayar kepada Ketua Pengarah LHDN, cukai yang sepatutnya dipotong tidak lewat daripada hari ke-10 setiap bulan dari saraan pekerjanya selama 17 bulan tersebut.


Dia boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa LHDN Mohd Arif Zaini dan Zulhasymi Mohammad.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori