KUALA LUMPUR – Pengarang Meja Agama akhbar Utusan Malaysia dan suaminya maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlanggar belakang sebuah treler di Km435.6, Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Hulu Selangor malam tadi.
Zuarida Mohyin, 45, dan suaminya Mohd Rozi Mahmud, 43, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam.
Beliau berkata kemalangan berlaku kira-kira 11.30 malam ketika kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bukit Beruntung dari Kuala Lumpur.
“Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan treler terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat, kata Supramaniam. – BERNAMA
https://youtu.be/XK4y3Th4PHM