Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Trafik Sesak Lebih 58...

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dilaporkan mengalami...

Dr. Teo Nafi Cadang...

MIRI - Catatan laman sosial Facebook yang mendakwa wakil rakyat Parlimen Miri, Dr....

Padah Mencuri, Lelaki Tersangkut...

LAWAS - Cubaan seorang lelaki mencuri wayar kabel elektrik memakan diri, apabila dia...

Awas! Minuman Tenaga Tak...

SEKARANG ini penjualan minuman tenaga sering mendapat perhatian di pasaran kerana keberkesanannya memberi...

Penggeluar Amplifier Gitar Lancar Peranti Pintar

AMPLIFIER jenama Marshall sering digunakan oleh lagenda gitar seperti Jimmy Page, Slash dan Jimmy Hendrix.

Kualiti dan tona audio yang dihasilkan amplifier mereka direka khas untuk pemuzik rock dari dulu sehinggalah sekarang.

Kini Marshall memasuki arena penghasilan peranti pintar dengan Marshall London, Fuh!

Ia mempunyai skrin 4.7 inci beserta resolusi  720P, diperkasakan pemproses Snapdragon 410, RAM sebesar 2 GB dan muatan dalaman 16 Gigabyte (sokongan MikroSD sehingga 128 Gigabyte).

amam2

Kemampuan optik ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 2 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri pula ialah 2500 mAh.

Peranti ini mempunyai spesifikasi sederhana dan lebih mementingkan kualiti audio.

Pembesar suara stereo berkembar diletakkan pada bahagian hadapan dan ia mempunyai dua jack fon kepala pada bahagian atas.


Turut disertakan ialah butang khas tembaga pada bahagian atas untuk melancarkan aplikasi muzik.

Butang suara jenis berputar pada bahagian sisi diperbuat daripada tembaga dan panel belakang diperbuat daripada Tolex yang sinonim dengan amplifier gitar buatan Marshall.

Ini adalah peranti yang mensasarkan peminat muzik dan jenama Marshall.

Ia akan dijual 21 Ogos hadapan pada harga USD590 (RM 2240) seunit.

Sebuah peranti dengan kemampuan audio yang menarik bagi spesifikasi yang agak rendah tetapi harga jualannya adalah amat mahal, mungkin disebabkan jenamanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=Ns7dUMPy1ag

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori