Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aktor Hamilkan Wanita, Mohon...

BAGAIKAN pisang goreng panas, pendedahan demi pendedahan sedang rancak terbongkar nampaknya ke atas...

Menjijikkan.. Kilang Bebola Ikan...

RASANYA bukan sekali dua kes melibatkan kilang menghasilkan makanan yang dilabelkan sebagai kotor dan menjijikkan...

Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Tidak...

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan bekas tiga Pengerusi UMNO Negeri...

Kronologi Kes Terowong Dasar...

KES projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang kini menjadi tumpuan utama...

Peniaga Besi Buruk Didakwa Edar Dadah Terlepas Hukuman Gantung

ALOR SETAR – Seorang peniaga besi buruk terlepas daripada hukuman mati mandatori selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hashim Hamzah mendapati R. Krishnan, 34, dari Sungai Petani tidak bersalah selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengedar 103 gram heroin dan 16.2 gram morfin di rumah beralamat No. A172 Kampung Sg Division, Sungai Petani, kira-kira pukul 10.15 malam, 20 November 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa memiliki methamphetamine seberat 19.27 gram di tempat dan masa yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(1) akta yang sama.


Hashim di dalam penghakimannya di akhir kes pendakwaan berkata, terdapat percanggahan antara saksi pendakwaan sendiri berkenaan lokasi tertuduh ditangkap.

Krishnan, yang juga ayah kepada tiga anak lelaki berusia empat hingga tujuh tahun itu cukup gembira dengan keputusan itu dan berhasrat untuk kembali mengusahakan perniagaan besi buruk yang diuruskan adik iparnya sepanjang ketiadaannya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, manakala pendakwaan diwakili Mohamad Rizal Fadzil. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=lvKH-10M1iA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori