Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Sekolah Di Beberapa...

KUCHING - Jabatan Pendidikan Sarawak pagi ini mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah di...

‘Beri Kuasa Lebih Pada...

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta supaya...

Seorang Lagi Bani Melayu...

SEORANG lelaki dari Johor Bahru meluahkan hasratnya ingin mengadakan sesi debat dengan pendakwah antarabangsa,...

Welson Cipta Rekod Kejohanan...

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Welson Sim mencipta rekod kejohanan dalam acara kegemarannya...

Peniaga, Pembantu Kedai Maut Dekat Ladang Buah Desaru

KOTA TINGGI – Seorang peniaga dan pembantu kedai maut apabila kenderaan yang dipandu mereka, masing-masing bertembung di Kilometer 32, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran sebuah ladang buah Desaru dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata kemalangan yang berlaku pada pukul 6.20 petang itu, membabitkan kenderaan jenis Honda Civic dan sebuah Perodua Viva.

Beliau berkata ketika kejadian, pemandu Honda Civic, Fathullah Mohamad Khair, yang dipercayai dalam perjalanan ke Sungai Rengit, telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Viva yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi.

Akibat daripada perlanggaran itu, peniaga berusia 24 tahun dan beralamat di Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi itu, maut di tempat kejadian, kata Rahmat dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Rahmat berkata pemandu Perodua Viva pula, Muhammad Nuh Abdullah, 30, yang bekerja sebagai pembantu kedai, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Kota Tinggi


“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu Honda Civic yang masuk ke laluan bertentangan kerana mahu memotong kenderaan lain. Semasa kejadian, cuaca hujan dan jalan licin,” kata beliau.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Y4NqI-P9PdU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori