Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mat Over, David Teo...

SHAH ALAM - Kehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru...

Perpaduan, Pembangunan Hadapi Cabaran...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru...

Pink Terima Anugerah Walk...

LOS ANGELES - Penyanyi Pop, Pink diberi bintang penghormatan di Hollywood Walk of...

Saham DRB Hicom Jatuh...

KUALA LUMPUR – Saham DRB-Hicom Bhd diniagakan rendah pagi ini selepas anak syarikatnya...

Penjual Ayam Miliki Motosikal Curi Dipenjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR – Keseronokan seorang penjual ayam hanya bertahan beberapa jam selepas dia ditangkap bersama motosikal yang dilaporkan hilang beberapa jam sebelum itu.

Mohd Hazimi Md Nawawi, 27, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku salah memiliki motosikal Black Yamaha LC.

Dia didakwa melakukan kesalahan di Jalan Cempaka SD 12/1, PJU Bandar Sri Damansara pada pukul 5.20 pagi, 7 Julai dan didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum tujuh tahun.

Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menasihatkan tertuduh berhubung implikasi pengakuan bersalah, bagaimanapun Mohd Hazimi tetap mengaku bersalah.


Dalam rayuannya Mohd Hazimi yang tidak diwakili peguam berkata, ia kesalahan pertama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori