Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lahad Datu Rekod 64...

LAHAD DATU - Lahad Datu merekodkan 64 kes demam denggi bagi tempoh dua...

Agong Berkenan Terima Raket...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pekin Ibrahim Jelaskan, Uqasha...

PELAKON Pekin Ibrahim menjelaskan Uqasha Senrose yang ingin bergambar dengannya terlebih dahulu selepas...

900 Pegawai Pemantau Harga...

Kuala Lumpur : Lebih 900 pegawai pemantau harga (PPH) iaitu orang awam yang...

Penumpang Maut,Kereta Rempuh Besi Penghadang Lebuh Raya

SEREMBAN – Seorang penumpang maut setelah kereta Proton Persona yang pandu rakannya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di KM28.7, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, awal pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik negeri ASP Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu, Mohamad Ambari Mustofa, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala rentetan terkena besi penghadang yang menembusi cermin hadapan kereta berkenaan.

“Sementara rakannya yang memandu kereta, Syahran Mohd Shayuti, 24, cedera di muka dan tangan, dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya di sini.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Senawang dekat sini.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Razak Abdul Rahman dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin berkata enam anggota bomba tiba di tempat kejadian pada 6.26 pagi untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori