PENYANYI terkenal dari Korea Selatan, Psy, telah dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas awam di Hangzhou, China, lapor media tempatan.
Kereta mewah jenis Rolls Royce yang dinaiki oleh pelantun lagu popular Gentleman dan Gangnam Style itu telah berlanggar dengan sebuah bas dari arah belakang kenderaan awam tersebut.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang; bersama-sama dengan pengurus serta seorang pekerja dari China yang menaiki kenderaan itu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut sumber, Psy dalam perjalanan dari lapangan terbang ke hotelnya sebelum keretanya yang berwarna merah itu melanggar sebuah bas dan mengakibatkan bahagian hadapan keretanya mengalami kerosakan teruk.
Walaubagaimanapun, ada sumber menyatakan Psy, 37 tahun; bersama-sama dengan dua individu yang lain itu dalam perjalanan ke sebuah parti di sana.
Psy yang mula dikenali seantero dunia melalui lagu Gangnam Style nyanyiannya itu dikatakan telah dijemput oleh sebuah kereta jenis Porsche selepas kejadian itu berlaku. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?t=13&v=HB-auooCUXY