SEJAK insiden rusuhan yang berlaku di plaza Low Yat, jenama produk terkenal dari China, iaitu Oppo seakan mendapat perhatian masyarakat umum.
Ada ura-ura yang mengatakan insiden tersebut berpunca daripada seorang penjual di rangkaian pengedar Oppo, menjual telefon tiruan serta laporan sebenar pula mengatakan remaja Melayu tersebut yang mencuri.
Begitu banyak spekulasi yang tersebar di media sosial.
Apa-apa pun, sejak isu ini menjadi viral, pengguna Oppo mula resah adakah mereka membeli Oppo original atau tidak.
Jadi jika anda curiga dengan keaslian telefon pintar anda, anda boleh semak melalui Oppo IMEI Checker.
Diingatkan semakan ini sah untuk telefon bimbit Oppo sahaja.
Cara Semak Oppo Original
- Dapatkan nombor IMEI Oppo dengan mendail [*#06#]
- Layari Oppo IMEI Checker, dan masukkan nombor yang terpapar pada telefon anda tadi.
- Klik submit.
Jika telefon pintar anda adalah yang asli, anda akan dipaparkan dengan perincian tentang model Oppo anda seperti gambar di bawah.
Jenama Oppo mula mendapat perhatian di Malaysia kerana kualiti produknya adalah setanding dengan jenama senior serta penawaran harga yang dibawakan adalah lebih murah.
Populariti jenama ini dilihat bakal menandingi pesaing terdekatnya iaitu Samsung, Lenovo, dan Apple.
Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC
Sumber: TechRod
Layari: Oppo IMEI Checker