Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ibu Bunuh Bayi Dalam...

SEORANG wanita mengaku bersalah membunuh bayinya sendiri, yang ditemui dalam beg plastik dalam...

Dadah Dalam Paket Minuman...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang membongkar taktik baharu pengedaran dadah di negeri...

Negara Islam Jangan Jadi...

KUALA LUMPUR - Negara-negara Islam diharap tidak bersikap dingin dan "pengecut" dalam isu...

2 Penyu Terdampar Di...

KUALA TERENGGANU - Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang di Dungun telah menyelamatkan...

Perdagang Kanak-Kanak: Pengawal Keselamatan Mengaku Tak B’salah

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagang seorang kanak-kanak perempuan sejak 2011 hingga 2013.

Jasrin Yakin, 27, dituduh memperdagang kanak-kanak terbabit dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa di Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas, di sini sejak 15 Jan 2011 hingga 17 Mei 2013.

Tertuduh yang berasal dari Sabah dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawar terhadap tertuduh dan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori