Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Serpihan Pesawat Ditemukan Madagascar...

SUNGAI BESAR - Serpihan pesawat dijumpai di Pulau Kangaroo, selatan Australia dan Madagascar,...

JKNJ Nafi Arah SJKC...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor (JKNJ) menafikan pihaknya mengarah sebuah sekolah jenis...

Gara-Gara Bulu Ketiak, Potret...

KEBIASAANNYA, foto yang dirakam bersama ahli keluarga pastinya memberikan memori kenangan indah, yang...

Siap Sedia Pindahkan Rakyat...

PUCHONG - Kerajaan bersiap sedia memindahkan 220 rakyat Malaysia yang berada di Iran...

Perhilitan Kelantan Buru Gajah Ancam Penduduk Di Pasir Puteh

PASIR PUTEH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menghantar lapan anggotanya untuk mengesan tiga ekor gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk di tiga kampung di sini.

Pengarahnya Mohamad Khairi Ahmad berkata empat anggota dari Perhilitan Kuala Krai dihantar membuat pemantauan di Kampung Bukit Jeram Linang, Kampung Lepan Rambai dan Kampung Gong Genor yang berdekatan dengan kawasan habitat haiwan itu di Bukit Kijal sejak Rabu Lepas.

“Empat anggota tambahan dari unit tangkapan gajah Perhilitan Kota Baharu sudah dihantar ke kawasan berkenaan semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Khairi mengulas kebimbangan penduduk di tiga kampung berkenaan berikutan kehadiran dua ekor gajah dewasa dan seekor anak gajah yang merosakkan tanaman seperti pisang dan tebu sejak seminggu lepas.

Beliau berkata untuk peringkat awal, pihaknya sedang berusaha untuk menghalau gajah-gajah berkenaan ke hutan jauh dari kawasan kampung agar tidak memberi ancaman kepada penduduk dan merosakkan tanaman kontan yang mereka usahakan.


Untuk jangka panjang, beliau berkata pihaknya akan berusaha menangkap tiga ekor gajah itu untuk dipindahkan ke kawasan lain.

Mohamad Khairi berkata siasatan mendapati terdapat lima hingga 10 ekor gajah berkeliaran di Bukit Kijal.

“Setakat ini hanya tiga ekor daripada jumlah itu berkeliaran di kawasan kampung terutama pada waktu malam untuk mencari makanan,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk supaya tidak bertindak sendirian khususnya melakukan provokasi jika terserempak dengan hidupan liar itu sehingga boleh membangkitkan kemarahan haiwan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori