Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penaja Tarik Diri, PFA...

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) kini berdepan masalah kewangan yang serius...

Mahfuz Akui BR1M Bukan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengaku bahawa Bantuan...

Shabani Gorila Kacak

NAYOGA - Seekor gorila menjadi popular di sebuah zoo di bandar ini selepas...

Jho Low Mungkin Masuk...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Perkhimatan Gani Patail Sebagai Peguam Negara Tamat Semalam

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, hari ini.

Tempoh perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan pada 27 Julai 2015 atas sebab kesihatan dan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik untuk menggantikan tempat beliau, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ali berkata Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

“Tan Sri Abdul Gani Patail telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan,” katanya.


Perlantikan Mohamed Apandi pula dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamed Apandi berkelulusan LLB(Hons) Universiti of London dan Bar-At-Law, Inner Temple London serta telah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London.

Antara jawatan yang pernah dipegang beliau adalah sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia dan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori