Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

8,112 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

IKEA Minta Pelanggan Pulangkan...

KUALA LUMPUR - IKEA Malaysia meminta orang ramai yang membeli pintu pagar keselamatan...

Sarjan Polis Hina Pengundi...

KUCHING - Seorang anggota polis yang dikesan memuat naik kenyataan menghina rakyat Sarawak...

Jalan Tapah – Cameron...

TAPAH: Jalan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya bermula hari ini bagi kerja-kerja...

Perlumbaan Lasak Spartan Antara Acara Hari Sukan Nasional

PUTRAJAYA – Bersempena sambutan Hari Sukan Nasional, Perlumbaan Reebok Spartan yang merupakan antara acara sukan berhalangan lasak utama dunia, bakal membuat penampilan pertama di Malaysia pada 10 Okt.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Perlumbaan Spartan, dengan lebih 450 acara diadakan seluruh dunia, sangat dikenali dalam kalangan peminat sukan kecergasan dan lasak di negara ini.

“Ia menunjukkan populariti yang semakin meningkat terhadap acara ini, dengan rakyat Malaysia semakin serius mengenai kecergasan dan kesihatan.

“Ini juga selari dengan visi proaktif kami dalam melakukan transformasi menjadikan Malaysia sebagai negara berbudaya sukan,” katanya ketika melancarkan perlumbaan itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Spartan Race Asia, Michael Goodwin berkata Malaysia dipilih sebagai lokasi perlumbaan pertama di rantau ini berikutan peningkatan komuniti kecergasan di sini.


“Rakyat negara ini juga semakin hampir mendapatkan gelanggang berhalangan, jadi ia adalah tepat untuk kami datang ke negara ini terlebih dahulu,” kata Goodwin.

Penganjur menyasarkan 15,000 penyertaan yang mana peserta perlu mengharungi Spartan Sprint sejauh 6 kilometer dengan lebih 22 halangan sepanjang laluan.

Pendaftaran dibuka mulai hari ini menerusi laman web www.spartanrace.my manakala lokasi pertandingan akan diumumkan tidak lama lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori