Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Kami Mohon Maaf Kepada...

"KAMI minta maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia."Ia diluahkan Timbalan Presiden Persatuan...

Disimbah Asid Oleh Ex-BF,...

SETELAH tiga bulan tragedi hitam dalam hidupnya berlalu, seorang ratu cantik akhirnya memiliki...

Penganggur Dijel 6 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret...

Sabah Warta Kawasan Taman...

SABAH - Menerusi satu tweet di akaun Twitter milik Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan...

Pertingkat Aspek Keselamatan Ketika Di Laut

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengingatkan nelayan, pemancing dan orang ramai yang melakukan aktiviti di laut agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sepanjang berada di lautan.

Pengarah Operasi Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu Komander Maritim Simon Templer Tusa berkata pemakaian jaket keselamatan amat penting jika berlaku sesuatu bencana dan kecemasan ketika berada di laut.

Katanya, saranan yang dilakukan itu juga dapat menggelakkan daripada berlakunya kehilangan nyawa dan sebaliknya.

“Dengan memakai jaket keselamatan dengan betul ia mampu bertahan dalam tempoh tertentu daripada mangsa terus tenggelam, selain itu mereka juga harus peka dengan keadaan cuaca,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas berhubung pencarian dua pemancing yang hilang di perairan Dungun sejak Ahad lalu beliau berkata pihaknya telah memperluaskan kawasan pencarian di sebelah utara sehingga ke perairan Pulau Redang.


Jelasnya, keluasan pencarian itu berdasarkan pada faktor tiupan angin ke utara dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam ditambah dengan masa yang berlarutan sejak kedua mangsa dilaporkan hilang.

“Disebabkan faktor ini kita mempunyai sebab kemungkinan mangsa dihanyutkan sehingga ke lokasi tersebut, jadi kita telah gerakkan aset untuk memperluaskan pencarian ke kawasan tersebut,” katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 3.30 petang itu, bot gentian kaca yang dinaiki kedua-dua mangsa Mohd Sabrie Kamaruddin, 22 dari Dungun dan Mohammad Syahril Asmadi Yusoff, 22, dari Kuala Lumpur dipercayai sedang memasuki muara Kuala Dungun sebelum ia karam dipukul ombak. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=V-HSxY0vMMw

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori