Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

ASEAN Perlu Kongsi Sama...

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu memastikan vaksin COVID-19, apabila sudah ada kelak, adalah...

Duda Didakwa Cabul Anak...

Muar : Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, tadi,...

Caj 20 Sen Denda...

SHAH ALAM - Caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan ke...

Kaki Dibaham Buaya, Penjelasan...

SANDAKAN - Pemilik Taman Buaya Sandakan telah memberikan penjelasan kepada Jabatan Hidupan Liar...

Perusuh Di Low Yat Sekadar Alat! – PAS

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa menahan kumpulan Melayu yang melakukan rusuhan di Plaza Low Yat di sini kelmarin dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kumpulan yang cuba mempengaruhi orang ramai dengan suara-suara buruk mereka itu mencemari kesucian bulan Ramadan.

“Pemuda PAS melahirkan rasa dukacita dengan pergaduhan di Low Yat,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengutuk kumpulan terbabit kerana sanggup bergaduh hanya kerana berasa ditipu dengan pembelian telefon pintar.

Beliau turut menyifatkan kumpulan terbabit cuma alat kepada pihak lain yang mahir dalam mempergunakan sentimen perkauman dan kemarahan.


Ketua Penerangan PAS Pusat , Nasrudin Hassan berkata, sikap buruk yang dipamerkan kumpulan berkenaan memukul dan memaki hamun adalah satu kesalahan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed turut menggesa kepada pihak berkuasa membuat penyiasatan menyeluruh insiden tersebut.

Tegasnya, Islam menolak perjuangan perkauman yang sempit dan assabiyah seperti dipamerkan kumpulan Melayu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori