Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bauksit Mungkin Masih Dilombong...

KUANTAN - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi...

AKSEM Kedah Rampas Rokok...

ALOR SETAR – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas pelbagai jenis rokok...

7 Remaja Lumba Guna...

GEORGE TOWN - Polis menahan tujuh remaja lelaki yang sedang berlumba basikal lajak...

BAHAYA!! Kes Denggi Mencanak...

Jumlah total kes Denggi di seluruh negara bermula Januari sehingga 18 Oktober lepas...

Peserta Felo Perdana Perlu Jadi Jurucakap Tidak Rasmi Kerajaan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para peserta Felo Perdana menjadi jurucakap tidak rasmi kerajaan apabila diberi peluang menimba pengalaman berkhidmat dengan menteri-menteri kabinet.

Beliau berkata peluang bersama mentor harus digunakan sebaiknya termasuk membantu kerajaan memperbaiki hubungan serta komunikasi dengan rakyat terutama dalam menerangkan dasar-dasar kerajaan.

“Kalau tujuan murni tapi komunikasi tak difahami dan dihayati, maka dasar kerajaan tidak akan diterima oleh rakyat,” katanya pada majlis penyerahan Felo Perdana 2015 kepada menteri kabinet di sini Rabu.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, sebanyak 83 peserta Felo Perdana daripada lebih 50 universiti dari sembilan negara dipilih untuk berkhidmat selama tiga bulan dengan mentor masing-masing yang terdiri daripada menteri kabinet.

Sejak diperkenal dua tahun lalu, lebih 150 Felo Perdana telah mengikuti program itu.

“Gunakan pengalaman sebagai Felo Perdana ini untuk saudara saudari fahami apa yang tersirat di sebalik sesuatu keputusan atau dasar kerajaan yang tersirat,” kata Najib.

Perdana menteri berharap peserta Felo Perdana tidak melihat ia sebagai program sehala yang hanya memberi kebaikan kepada mereka, sebaliknya menganggap ia saluran terbaik untuk kerajaan mendapat pandangan serta cadangan sebelum membuat keputusan atau menetapkan sesuatu dasar.


“Ada pilihan yang sukar dibuat, ada keputusan yang tidak mudah diambil, banyak pertimbangan yang perlu dilihat sama ada mengikut perkembangan hari ini atau kejayaan di hari muka.

“Sama ada ada nak belanjakan kemampuan kewangan kita mengikut hati atau menaikkan perkhidmatan atau sesuatu barangan supaya hari muka ekonomi negara kita kukuh dan mantap,” katanya.

Perdana menteri berkata mereka yang terpilih dalam program Felo Perdana wajar berbangga kerana bakal mendapat kepuasan diri selain diiktiraf sebagai invididu yang mempunyai ciri serta kualiti kepimpinan.

Najib berkata pengalaman yang bakal diraih bersama menteri-menteri kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit dan menyifatkannya sebagai satu keistimewaan.

“Semoga pengalaman sebagai Felo Perdana akan memperkayakan diri setiap daripada saudara saudari,” katanya sambil merakamkan ucapan tahniah bagi pihak jemaah menteri kepada mereka yang terpilih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori