Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Utamakan Kebajikan Anggota SPAD...

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memberi jaminan mengenai kebajikan anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam...

Warga Emas Maut Jatuh...

BAGAN SERAI - Seorang warga emas maut setelah terjatuh daripada basikal yang ditungganginya...

Tangga Eskalator Terbuka, Pasangan...

INSIDEN ngeri membabitkan eskalator atau tangga bergerak nampaknya masih lagi belum berakhir. Terbaharu, menimpa...

Tidak Perlu Bercakaran Soal...

PETALING JAYA : Pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru seluruh...

Piala Emas CONCACAF: Hatrik Dempsey Julang AS

BALTIMORE, Amerika Syarikat (AS) – Clint Dempsey meledak hatrik pertamanya di pentas antarabangsa buat AS yang membenam Cuba 6-0 sekali gus membawa negaranya ke peringkat separuh akhir Piala Emas CONCACAF, hari ini.

Bekas penyerang berbisa Fulham berusia 32 tahun itu meledak gol pembukaan pada minit keempat, menyempurnakan penalti pada minit ke-64 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-78.

Hatrik yang dijaringkan menyaksikan penyerang tinggi lampai itu mendahului senarai penjaring di Piala Emas apabila sudah mengumpulkan enam gol pada kejohanan dwitahunan itu.

“Ia merasa bagus. Saya pernah mencapainya bersama kelab saya sebelum ini. Jelas, saya bernasib baik.

Saya tidak akan mampu untuk menjaringkan gol tanpa bantuan rakan sepasukan saya,” kata Dempsey.


“Kamu sentiasa mahu menjaringkan gol sebanyak mana yang kamu boleh. Namun perkara yang paling utama ialah menang,” katanya. Tanpa mengira fahaman politik yang berbeza, lebih 37,994 peminat memenuhi stadium kelab Baltimore Ravens.

Di separuh akhir, AS akan bertemu Jamaica yang menewaskan Haiti 1-0 pada satu lagi saingan suku akhir “Kami jelas bukan pilihan,” kata pengendali Jamaica kelahiran Jerman, Winfried Schaefer mengulass pertembungan dengan AS yang turut dikemudi warga Jerman, Jurgen Klinsmann.

“Ini sukar,” katanya. Dua lagi pertembungan suku akhir akan membabitkan Mexico menentang Costa Rica manakala Panama bertemu Trinidad & Tobago. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori