Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan Rosmah Bebas Atau...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada Datin Seri Rosmah Mansor akan dilepaskan atau...

Penganggur Dipenjara, Denda Kerana...

KUALA LUMPUR - Akibat mencuri dua tin minuman keras di sebuah pasar raya,...

Tengah Solat Jenazah, Tiba-Tiba...

KELUARGA dan orang ramai di sebuah kampung di Indonesia gempar apabila seorang warga...

Graduan Universiti Oxford Peserta...

CLEVER Girl merupakan rancangan realiti terbitan Media Prima yang disiarkan menerusi rangkaian TV3....

PKR Johor Umum Bertanding Kawasan PAS!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mengumumkan akan bertanding sekurang-kurangnya lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tambahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berbanding PRU13 berikutan status Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim berkata, antara tiga kerusi DUN yang dikenal pasti adalah DUN Gambir (Ledang), DUN Puteri Wangsa (Tebrau) dan DUN Permas (Pasir Gudang) yang sebelum ini ditandingi calon PAS atas tiket Pakatan Rakyat.

“PKR Johor mengambil maklum bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud. Berdasarkan kekuatan jentera serta maklum balas akar umbi dan rakyat tempatan, PKR juga memutuskan untuk bertanding sekurang-kurangnya lapan lagi kerusi DUN tambahan.

“Setakat ini tiga kerusi DUN yang telah dikenal pasti adalah DUN Gambir, Puteri Wangsa dan Permas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Hassan berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin yang akan memajukan resolusi PKR Johor itu kepada pimpinan PKR Pusat.

Justeru, katanya, PKR Johor mengarahkan semua cabang parti itu di negeri tersebut untuk memperkemaskan gerak kerja masing-masing dan terus memperbanyakkan aktiviti-aktiviti mesra rakyat.

Pada PRU13, kerusi DUN Gambir ditandingi oleh calon PAS, Datuk Mahfodz Mohamed yang kini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, DUN Puteri Wangsa (Abdullah Husin) dan DUN Permas (Syed Othman Abdullah). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori