Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Polis, Koperal...

ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan polis dan anggota berpangkat koperal yang bertugas di...

Zahirah MacWilson Akui Sedih...

Zahirah MacWilson yang mengakui dirinya selesa bersama pelakon lelaki, Zul Ariffin sekali lagi...

Jurutera Rugi RM61,450 Ditipu...

ALOR SETAR: Seorang jurutera kerugian RM61,450 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang...

UniMAP Raih 8 Pingat...

KANGAR - Kajian inovasi berasaskan sisa pepejal insinerator sebagai bahan baharu industri pembinaan...

PM Lancar Ekspedisi Rentas Kutub Selatan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ekspedisi merentasi Kutub Selatan yang akan dijayakan atlet sukan lasak dualton dan triatlon negara Shahrom Abdullah menggunakan ski dalam percubaannya menjelajah sejauh 1,000 kilometer.

Shahrom, 36, akan memulakan ekspedisi itu pada 17 November depan dari titik permulaan Messner dan berakhir di titik kosong darjah Kutub Selatan, yang dijangka mengambil masa 50 hari hingga 60 hari.

Najib semasa melancarkan ekspedisi merentasi Kutub Selatan ‘All The Way 2015’ anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) itu di sini berkata sebagai seorang yang pernah menjejaki kutub itu, beliau sedia maklum tentang keadaan cuaca di kawasan tersebut yang bakal dihadapi Shahrom.

“Saya tidak dapat bayangkan suasana dan keadaan yang sangat mencabar lagi dingin yang bakal dilalui Shahrom, apatah lagi Shahrom perlu membawa sendiri makanan, ubat-ubatan dan peralatan khemah untuk ekspedisi ini,” katanya.

Menyedari cuaca ekstrem yang bakal dilalui Shahrom, Perdana Menteri menasihati atlet berkenaan agar menjalani latihan secukupnya kerana perlu berjalan selama kira-kira dua bulan di atas pulau dilitupi ais.

“Penjelajahan ini tidak boleh dipandang enteng kerana bantuan kecemasan sukar didapati, tiada penduduk kecuali penguin dan pasukan penyelidik antarabangsa, itu pun di tempat-tempat tertentu,” katanya.

Perdana Menteri turut berseloroh apabila menyarankan Shahrom membawa makanan tempatan termasuk makanan popular Kelantan iaitu budu bagi menguji makanan rakyat negara ini dalam cuaca melampau semasa ekspedisi.

Beliau berkata kerajaan juga sedia membantu sebanyak mungkin kos bagi ekspedisi itu dan pada yang masa sama berharap lebih banyak syarikat serta orang perseorangan tampil memberi bantuan untuk memastikan ia berjaya.


Najib turut melahirkan rasa bangga kerana Shahrom yang bakal melakar sejarah berasal dari Felda Chiku Gua Musang serta berharap lebih banyak lagi anak Felda akan mengikut jejaknya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap lebih ramai anak muda termasuk golongan wanita menyahut cabaran menyertai ekspedisi ekstrem yang belum pernah dilakukan rakyat Malaysia.

Antaranya berenang merentasi Selat Bering, mendaki Gunung Everest melalui dua laluan berbeza iaitu Tibet dan Nepal secara serentak oleh dua pendaki dan menjelajah kutub utara, katanya.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia telah melakar pencapaian memberangsangkan dalam beberapa ekspedisi ekstrem antaranya mendaki Gunung Everest, berenang merentasi Selat Inggeris selain menjelajah Greenland.

“Saya juga ikuti rapat ekspedisi Muhamad Muqarabbin Mokhtarruddin atau Qobin pada 2007 yang menjelajah dunia dengan menggunakan basikal dan motosikal di 22 negara,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/Gdt10t7MTps

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori