Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat: MRR2, Ampang...

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rendah di pinggir ibu kota terutama di Jalan...

Kereta Peronda Polis Terbabas...

BAGAN SERAI - Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang...

Bayar 5 Juta Rupiah,...

KUALA NERUS - Hanya dengan membayar 5 juta rupiah (RM1,575) kepada tekong bot,...

Sultan Nazrin Shah Dianugerahi...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima Darjah...

Polis Berkas 7 Lelaki Terlibat Pengedaran & Penagihan Dadah

KUANTAN – Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga asing yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz berkata, suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi oleh sepasukan anggota Balai Polis Beserah yang diketuai ASP Wan Rohamidun Wan Ishak setelah didapati suspek itu berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah restoran di kawasan terbabit.

“Terkejut dengan kehadiran pihak polis, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap sejurus kemudian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis menemui 100 biji pil berwarna merah bercetak WY disyaki dadah yang diisi dalam plastik lutsinar di dalam beg suspek.

Selain itu, katanya polis turut menemui wang tunai berjumlah RM587 dipercayai hasil penjualan dadah dan suspek turut mengaku ada menyimpan dadah dan mercun di dalam bilik di sebuah kedai makan di kawasan berhampiran.

“Bertindak atas maklumat itu, polis kemudiannya menyerbu kedai berkenaan sebelum terserempak dengan seorang lelaki warga asing yang berada di depan premis itu dan pemeriksaan lanjut, polis telah menemui dua biji pil jenis YABA dalam genggaman tangan kirinya,” katanya.


Abdul Aziz berkata, hasil serbuan di premis itu polis berjaya menahan lima lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 130 biji pil berwarna merah disyaki dadah turut ditemui di atas rak baju di premis itu selain pelbagai jenis mercun di dalam sebuah kotak.

Menurutnya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 34 tahun yang turut positif dadah itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=CL5eglEMHew

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori