Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dipilih Semula Sebagai...

PUTRAJAYA - Malaysia dipilih semula buat kali keenam berturut-turut sebagai ahli Majlis Pertubuhan...

Belia Terbabit Penagihan Dadah...

KANGAR - Pembabitan golongan belia dalam penagihan dadah di Perlis mencatatkan peningkatan ketara,...

Sindiket Teroka 7,284 Hektar...

KOTA BHARU - Jabatan Perhutanan Kelantan mendapati 7,284 hektar tanah Hutan Simpan Kekal...

KPM Disaran Sediakan SOP...

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP)...

Polis Marin Gagalkan Aktiviti Penjualan Mercun, Rokok Seludup

JOHOR BAHARU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menggagalkan aktiviti penjualan mercun dan rokok seludup selepas menahan empat lelaki di tiga lokasi di sekitar Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, semalam.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata penahanan menerusi operasi bersepadu bersama anggota daripada Balai Polis Bandar Penawar itu, turut merampas kesemua mercun dan rokok terbabit yang dianggar bernilai RM110,982.

“Di lokasi pertama, seorang lelaki tempatan berusia 20-an ditahan pada 8.30 malam dan hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dipandunya, kami menemui pelbagai jenis mercun yang disimpan di belakang kereta itu,” katanya menerusi kenyataan di sini Selasa.

Khiu berkata di lokasi kedua, kira-kira 15 minit kemudian, dua lelaki tempatan berumur 26 dan 29 tahun pula ditahan dan hasil pemeriksaan pada kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki, pelbagai jenis mercun turut ditemui.

Beliau berkata susulan penahanan di kedua-dua lokasi terbabit, pihak berkuasa kemudian menahan seorang lagi lelaki di sebuah kedai runcit berhampiran, pada 10.15 malam dan polis turut menemui pelbagai jenis rokok yang disyaki diseludup.


“Kesemua rokok itu disimpan di bahagian belakang kedai runcit itu dan lelaki tempatan berumur 29 tahun terbabit dipercayai penjaga kedai tersebut,” katanya.

Menurut Khiu, semua kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam.

PPM Wilayah Dua akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk membanteras aktiviti penjualan mercun dan rokok seludup di pasaran sepanjang masa, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori