Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PKPB: “Ingat Kita Belum...

SELEPAS 47 hari rakyat Malaysia 'terkurung', hari ini hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan...

Indonesia Siap Siaga Hadapi...

JAKARTA: Indonesia menyediakan sebanyak 1,011 hospital serta 82,168 katil di seluruh negara sebagai...

Syabas Usaha Percepatkan Pemulihan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata pihaknya sedang...

GAMBAR: Aksi Superheroes ‘Buat...

EDY Hardjo, seorang jurufoto yang namanya kian menaik dalam arena fotografi telah membuktikan mainan...

Polis Marin Rampas Minuman Keras Bernilai RM127,120 Di Tawau

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 650 kotak minuman keras pelbagai jenama bernilai kira-kira RM127,120 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini, awal pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah ACP Mohamad Madun berkata rampasan itu dilakukan tujuh kilometer dari bulatan Kalabakan, dekat sini, kira-kira 4.30 pagi.

“Pasukan peronda menahan sebuah lori yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 22 dan 26 tahun, yang sedang dalam perjalanan menuju ke bandar Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, setelah melakukan pemeriksaan terhadap lori berkenaan, polis menemui 650 kotak pelbagai minuman keras yang dipercayai tidak membayar cukai kastam.

Kesemua barangan dan kedua-dua lelaki yang ditahan itu dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori