Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dokumentari Al Jazeera Cuba...

KUALA LUMPUR - Dokumentari kontroversi terbitan Al Jazeera yang disiarkan baru-baru ini adalah...

Langgar Lari Taman Equine:...

PETALING JAYA - Seorang penganggur yang dipercayai terbabit dengan kejadian langgar lari di...

Elly Mazlein Mahu Tarik...

SHAH ALAM - Penyanyi Elly Mazlein memberitahu meluahkan hasrat untuk menarik diri sebelum...

Perlu Menang Untuk Penyokong...

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap beraksi di laman sendiri...

Polis P.Pinang Lengkapkan Kertas Siasatan Azmin

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menggelar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ‘barua UMNO’ dalam ceramahnya semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Mei lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sama ada kes itu akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya ia bergantung kepada arahan daripada Ketua Unit Perundangan (KUP).

“Polis Pulau Pinang telah melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dan kami meminta bantuan D5 (pendakwaan/undang-undang) Bukit Aman untuk merekodkan keterangan Menteri Besar Selangor itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Komuniti dan Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, di sini malam tadi.


Mohamed Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai ‘barua UMNO’ dalam ceramah semasa berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori