Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Kemalangan Di Kunak...

KUNAK - Kes kemalangan jalan raya meningkat di Kunak tahun ini berbanding tahun...

SPRM Jangka Ada Tangkapan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan beberapa tangkapan lagi dibuat susulan...

Persediaan Jentera BN Jadi...

MUAR - Persediaan dan kelancaran gerak kerja jentera bagi pilihan raya mum ke-14...

Depa Pecat Kedah Dari...

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa EXCO...

Polis Sedang Kesan Pemilik Twitter Republic Of Sarawak

KUCHING – Polis Sarawak sedang mengesan identiti pemilik akaun twitter Republic of Sarawak melalui @Swakheadhunter bagi membantu siasatan kerana didakwa menghasut rakyat Sarawak untuk berpisah daripada Malaysia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata, siasatan akan dibuat mengikut Akta Hasutan.

“Semalam satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sekama di sini oleh seorang anggota polis. Anggota polis berkenaan membuat laporan selepas melihat tweet oleh @Swakheadhunter yang berbau hasutan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman yang dihubungi Bernama mengesahkan polis masih belum menangkap pemilik akaun Twitter berkenaan.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman twitternya telah mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) mengesan pemilik akaun Twitter @Swakheadhunter untuk ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori