Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Parti Politik Dilarang Campur...

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pendidikan melarang mana-mana parti politik daripada campur tangan dalam...

Sultanah Terengganu Tak Perlu...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi, di sini hari ini membenarkan permohonan Sultanah Terengganu,...

SKMM Nafi Keluarkan Mesej...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai supaya tidak...

Dua Bot Pukat Rawa,...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan dua bot...

Pasukan Polis Serbu Pejabat 1MDB Pagi Ini

PETALING JAYA – Polis menyerbu pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur.

Serbuan bermula kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu dan masih berterusan.

Tinjauan The Star mengesahkan bahawa polis telah hadir di pejabat syarikat itu yang terletak di Menara IMC.

Wartawan The Star tidak diberikan akses masuk ke pejabat tetapi telah diberitahu oleh penyambut tetamu bahawa polis dan 1MDB memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk ke pejabat mereka yang terletak di tingkat 8.

“Malah pekerja penghantaran juga tidak dibenarkan masuk kerana mereka tidak mahu diganggu,” kata penyambut tetamu.

Seorang pegawai keselamatan juga berkata rakaman ‘footages’ tidak dibenarkan dibuat di premis Menara IMC.


Di bahagian luar kelihatan tiga kereta peronda polis dan sebuah van.

Satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah melakukan siasatan terhadap 1MDB.

Pasukan petugas telah membekukan enam akaun bank dan dikatakan menyiasat 17 yang lain yang mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

Pasukan petugas telah merampas dokumen semasa serbuan ke atas syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB – SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang didakwa digunakan untuk menyalurkan dana ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa WSJ.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pagi Rabu bahawa pihak polis sedang menyiasat bagaimana Wall Street Journal memperoleh dokumen bank yang dimuat naik di laman webnya semalam. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori